Khutub Khanah Muthamizh

Muthamizh Padippagam atau dalam bahasa melayu, Khutub Khanah Muthamizh merupakan Perpustakaan yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur[1][2]. Ia merupakan perpustakan Bahasa Tamil yang tertua di Malaysia[3]. Pada awalnya, perpustakaan ini terletak di Jalan Ipoh kemudian pada tahun 1974 berpindah ke Jalan Sentul.Perpustakaan itu kini mempunyai 22,858 buku Bahasa Tamil oleh pelbagai pengarang dari seluruh dunia dan 2,008 buku yang ditulis oleh pengarang tempatan.